I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 24, 2011

Keselamatan Penggunaan Internet Oleh Pelajar



Perubahan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian masyarakat. Hal ini kerana, teknologi maklumat atau lebih dikenali sebagai internet telah menjadikan hubungan manusia lebih rapat antara satu sama lain terutamanya dari segi perkongsian sebarang bentuk maklumat, sama ada dalam bentuk audio, video mahupun foto. dengan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Frienster dan sebagainya telah menyemarakkan lagi perhubungan tersebut.

Walau bagaimanapun, perhubungan tersebut juga bukan sahaja memberi impak yang positif, malah ianya juga turut memberi kesan negatif kepada masyarakat. Dari segi perhubungan dalam aspek perkongsian maklumat, kesahihan maklumat di internet masih diragui sehinggakan ada sesetengah pengkaji cuba mengelak daripada menggunakan sumber daripada internet. Hal ini banyak berlaku dalam laman sosial blog-blog atau mana-mana platform luahan pendapat seperti forum, sembang maya dan sebagainya. keadaan ini sedikit sebanyak boleh mendatangkan bahaya apabila maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan golongan yang masih bergelar pelajar.




Pelajar sekolah tidak kira di peringkat rendah mahupun menengah merupakan golongan muda yang mempunyai semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat. hal ini kerana dalam tempoh dari awal persekolahan sehingga tamat persekolahan, sifat ingin tahu mereka begitu kuat sehingga mencapai satu tahap yang sukar untuk dibendung. Sebagai contoh, pembuangan bayi dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang semakin tinggi setiap tahun kebelakangan ini. Hal ini dapat dilihat dari segi faktor utama berlakunya pembuangan bayi tersebut iaitu pengaruh rakan sebaya di samping pengaruh yang disebarkan melalui internet termasuklah budaya hedonisme.

Pengaruh hedonisme ini dipercayai hasil daripada perkembangan internat tanpa batasan dan halangan. Ia sememangnya bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum ini. Tidak hairanlah sekiranya kata-kata seperti 'dunia dihujung jari' dan juga 'dunia tanpa sempadan' muncul. Kata-kata tersebut digunakan bagi menerangkan tentang betapa hebatnya impak penggunaan internet dalam hubungan manusia tidak kira berjuta batu jauhnya antara satu sama lain. Walaupun begitu, sebagai pengguna, apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil perhatian oleh bagi memastikan keselamatan penggunaan internet oleh pelajar terjamin?


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
A 128034
Antropologi dan Sosiologi
Univesiti Kebangsaan Malaysia

6 comments:

  1. Internet sememangnya telah mengubah kehidupan manusia. Boleh dikatakan semua benda atau maklumat yang terkini boleh didapati di internet tidak kira dari segi video, barangan, produk,dan lain-lain lagi.

    Pada pendapat saya, sebagai pengguna internet semua pelajar harus mempunyai etika semasa mengunakkan internet. Antaranya ialah tidak mendedahkan sebarang maklumat kerahsiaan berkenaan diri seperti nama penuh, alamat, nombor akuan dan sebagainya yang banyak membawa kepada masalah sosial. Selain itu, sebagai pelajar internet harus digunakan sebagai alat untuk belajar bukan alat untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

    Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranan penting seperti mengharamkan semua laman web pornografi di internet. Hal ini kerana, isu seperti pembuangan bayi mempunyai kaitan dengan pornografi dimana orang yang melayari laman web tersebut berasa ingin mencuba perbuatan tersebut. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

    Sebagai pengguna internet, diri sendiri memainkan peranan penting untuk menentukkan apa yang baik dan buruk. Cara kita disosialisasikan juga penting kerana agen-agen sosialisasi memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti dan perwatakan seseorang individu.

    Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
    A128504

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen anda Narinjit Singh...(",)

    ReplyDelete
  3. Sebagai pengguna internet,sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dunia berada dihujung jari kita. Namun sebagai pelajar, kita seharusnya dapat membezakan apa yang baik dan buruk penggunaan internet.Kita perlu berhati-hati dan tidak mudah untuk memaparkan maklumat peribadi dalam laman sosial seperti FB.Hal ini kerana, Keselamatan penggunaan internet terletak pada diri kita, selagi kita menggunakannya untuk kebaikan dan mencari ilmu maka ia akan menjadi satu kemudahan kepada kita. sebaliknya jika para pelajar menggunakannya untuk melayari bahan yang tidak berfaedah maka ia akan memberi kesan buruk.
    Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan dan membendung penyalahgunaan internet oleh anak mereka di rumah. Mereka boleh menghadkan atau mengawal apa yang dilayari oleh anak mereka dengan menggunakan software anti virus yang mempunyai parental control.
    Oleh itu, sebagai pengguna internet kita perlu menggunakannya dengan sebaik yang mungkin kerana dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi juga boleh memberikan kesan yang negatif. Kita perlu bijak menilai apa yang dibaca dan dilihat supaya tidak mudah ditipu dan terpengaruh dengan budaya hedonisme yang dibawa oleh internet.

    Nor Ruhil Abdul Rasid
    A128123
    Ansos

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ruhil atas komen anda...(",)

    ReplyDelete
  5. Dalam menjamin keselamatn pengguna internet terutamanya dalam kalangan pelajar, adalah menggunakan software yang asli bagi menjamin keselamatan daripada diserang virus. Kini terlalu banyak virus yang mudah menyerang komputer hanya dengan membuka sesuatu laman web. Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat sekatan untuk sesuatu laman web yang boleh mengundang bahaya kepada anak-anak. Selain itu, kita juga boleh berfikir kebaikan dan keburukan sesuatu laman web. Manakala pihak kerajaan pula boleh meningkatkan tahap sekuriti internet di Malaysia dan menyekat kemasukan bahan-bahan yang boleh mengundang perkara yang tidak diingini berlaku apabila membuka laman web tertentu.

    FATIMAH BINTI AHMAD
    A128300

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Fatimah atas komen anda...(",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklaneka...(",)