I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 23, 2011

"Keluarga 69 @ 96??"

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sahabat semua dalam redha ALLAH hendaknya.

Gambar Hiasan


Kali ini, saya tidak mahu berkongsi foto kepada anda semua, tapi saya ingin berkongsi cerita mengenai sebuah kisah menarik yang boleh dijadikan teladan dan pedoman untuk hidup kita. Kisah yang boleh dikatakan wujud dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini. Tajuk kisah ini adalah "Keluarga 69". 69 ke 96 yer?? Hehehe...Kisah ini bukan seperti cerita P Ramlee sewaktu ketika dahulu, tetapi inilah kisahnya...hayati, fahami dan ambil pengajaran...

Nora (bukan nama sebenar) sedang hangat bercinta dengan Fendi (bukan nama sebenar) dan ingin melangsungkan pernikahan mereka secepat mungkin. Suatu hari, semasa ayahnya sedang membaca surat khabar, Nora datang dan bertanyakan hal perkahwinan tersebut kepada ayahnya.

Nora : Saya nak kahwin dengan Fendi, ayah.
Ayah : Tidak! ayah tak benarkan.
Nora : Tapi kenapa ayah? Saya cintakan dia.
Ayah : Ayah terpaksa bukan rahsia yang ayah simpan sejak dulu. Emak Fendi adalah kekasih ayah dulu dan kami pernah terlanjur. Fendi itu anak ayah dan dia abang kamu!
Nora : Hah! Ayah tipu!
Ayah : Terpulang, tapi janji jangan bagi tahu emak kamu.

Nora dengan perasaan marah dan tidak puas hati terus bertanyakan kepada emaknya yang baru pulang dari kerja.

Nora : Mak, ayah tak bagi Nora kahwin dengan Fendi. Ayah cakap Fendi tu anak ayah dengan mak Fendi masa diorang bercinta dulu.
Emak : Tak pe Nora, Nora tetap boleh kahwin dengan Fendi.
Nora : Eh, boleh pulak?
Emak : Yer la, Nora bukan anak ayah pun, tapi ayah Nora orang lain. Hehehe
Nora : ??$#*Hns@@!!

Begitulah kisahnya yang ingin saya kongsikan. Pelik bukan? Manusia zaman sekarang susah nak percaya. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Walau apapun, manusia kini telah lari dari lumrah kehidupan manusia yang sebenar. Mungkin dulu kita terleka dan kita boleh bertaubat dan insaf, tetapi kesannya akan terpalit pada diri sampai bila-bila.

Sekian saja dari saya untuk kali ini. Salam sahabat untuk kalian semua.

Assalamualaikum..


Mohd Nur Syufaat
HM Production
Antropologi dan Soiolologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklaneka...(",)