Assalamualaikum w.b.t.
Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai teori awal sains sosial yang telah dikemukakan oleh Auguste Comte iaitu 'Positivisme'.
|
Sumber : Google.com
Diasaskan oleh Auguste Comte (1798-1857) dari Perancis.
Beliau menyatakan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh faktor luaran dan tingkah laku manusia juga boleh dikaji dan diselidiki.
Menggunakan metod pengamatan, eksperimen dan perbandingan.
Menurut aliran ini, manusia boleh memajukan diri tanpa terikat dengan aturan tradisi dan pantang larang.
Aliran ini juga menekankan tatasosial atau struktur sosial dan kemajuan atau perubahan sosial.
Menekankan juga falsafah sains yang mengagungkan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat yang dilihat dari pemerhatian yang sistematik dan eksperimen, bukannya melalui spekulasi abstrak. |
|
Sumber : Google.com
Menyarankan pengkaji menggunakan kaedah saintifik kerana kaedah ini dapat memberi pengetahuan kepada kita tentang hukum-hukum yang mendasari kehidupan manusia dan perubahan sekeliling.
Terdapat 3 tahap yang mesti dilalui manusia iaitu tahap teologi (keagamaan, tidak bebas), tahap metafizik (banyak spekulasi falsafah) dan tahap sains atau positif (ilmu pengetahuan yang kukuh, masuk akal, renaissance).
Menyarankan pengkaji agar melihat dan mengkaji masyarakat sebagai satu keseluruhan atau satu sistem yang berada dalam keadaan seimbang dan harmoni. |
Disediakan oleh :
Mohd Nur Syufaat
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment