Seorang isteri ingin menghubungi suaminya untuk memberitahu suatu perkara yang penting. Malang sekali apabila telefon bimbitnya kehabisan kredit. Si isteri lantas menyuruh anak lelakinya menghubungi bapanya itu dengan menggunakan telefon awam di hadapan kedai tidak jauh dari rumahnya.
Setelah si anak membuat panggilan beberapa kali, si anak memberitahu kepada ibunya bahawa seorang perempuan telah menjawab telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak telefon, perempuan itu tetap menjawabnya.
Si isteri dengan marahnya menunggu kepulangan suami dihadapan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri terus membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul semua jiran tetangga melihat aksi drama tersebut. Si isteri dengan lantangnya menyuruh anaknya memberitahu semua orang tentang apa yang dikatakan oleh perempuan yang menjawab telefon tadi.
Si anak pun menjawab, "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi..."
(Dipetik dan diubahsuai dari : http://kelakar2u.blogspot.com/2008/04/cerita-lucu-isteri-cemburu.html )
Disediakan oleh :
Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
perempuan memang complicated..:)
ReplyDeleteSebab tu perempuan memang sukar difahami...
ReplyDelete