I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 1, 2011

TELATAH ANAK DI GENTING HIGHLAND

Assalamualaikum w.b.t dan salah sejahtera kepada sahabat-sahabat semua.

Seperti biasa, saya akan berkongsi dengan anda semua dengan foto-foto yang telah saya tangkap di suatu masa yang boleh dianggap kelapangan bagi saya. Hehehe... Bergurau senda pulak.

Ok, kali ini saya berkongsi tentang foto TELATAH ANAK DI GENTING HIGHLAND. Tajuk agak besar, tapi foto-foto inilah yang termampu saya hasilkan ketika ini. Yang penting, anda semua jangan salah faham, telatah anak bermaksud anak orang, bukan anak saya kerana saya belum pon berkahwin. Hehehe... Baru merancang untuk bertunang... Insya-ALLAH...

Untuk mengambil foto-foto ini, saya 'terpaksa' merelakan diri ini untuk mengembara di Kota Keriangan tersebut pada hari akhir tahun 2010 iaitu 31 haribulan 12 tahun 2010 bersama teman saya. Namun, ianya bukanlah mudah seperti yang disangka. Tapi memang mencabar kewibaan saya. Hehehe... Aperpon saya telah mencuba yang terbaik dan inilah hasilnya...


Berbaju sejuk pink


Ni pulak foto selingan. Sesaja ambil gambar bunga ni buat santapan mata...


Segar bunga dibasahi embun pagi...

Putihmu menyinar denga kehadiran kuning di sisi...

Tiga orang budak bermain di kaki tangga

"Mak, fresh oren tak ader ke? Asyik puting jer... Boring..."

"Satu, dua, tiga... snap!!!"

Keluarga bahagia

"Mamam sini sayang... Buka mulut...Aaaa..."

"Jap lagi ko kalah dik... Goku abang lagi kuat...hemmm..."

"Mak asyik bawak pergi Genting jer... Ingat ajak pergi London ke, Washington ke...Bla...Bla.."

Penat berjalan...

"KFC...Mc D...Hmmm.... Lapar..."

Dan banyak lagi foto-foto yang telah saya tangkap untuk koleksi peribadi sendiri. Harap ianya dapat menghiburkan anda...Walaupun sedikit... Hehe...

Sekian, salam perkongsian dari saya...

Ikhlas di sediakan oleh

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
HM Production
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklaneka...(",)