I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 23, 2011

"Keluarga 69 @ 96??"

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sahabat semua dalam redha ALLAH hendaknya.

Gambar Hiasan


Kali ini, saya tidak mahu berkongsi foto kepada anda semua, tapi saya ingin berkongsi cerita mengenai sebuah kisah menarik yang boleh dijadikan teladan dan pedoman untuk hidup kita. Kisah yang boleh dikatakan wujud dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini. Tajuk kisah ini adalah "Keluarga 69". 69 ke 96 yer?? Hehehe...Kisah ini bukan seperti cerita P Ramlee sewaktu ketika dahulu, tetapi inilah kisahnya...hayati, fahami dan ambil pengajaran...

Nora (bukan nama sebenar) sedang hangat bercinta dengan Fendi (bukan nama sebenar) dan ingin melangsungkan pernikahan mereka secepat mungkin. Suatu hari, semasa ayahnya sedang membaca surat khabar, Nora datang dan bertanyakan hal perkahwinan tersebut kepada ayahnya.

Nora : Saya nak kahwin dengan Fendi, ayah.
Ayah : Tidak! ayah tak benarkan.
Nora : Tapi kenapa ayah? Saya cintakan dia.
Ayah : Ayah terpaksa bukan rahsia yang ayah simpan sejak dulu. Emak Fendi adalah kekasih ayah dulu dan kami pernah terlanjur. Fendi itu anak ayah dan dia abang kamu!
Nora : Hah! Ayah tipu!
Ayah : Terpulang, tapi janji jangan bagi tahu emak kamu.

Nora dengan perasaan marah dan tidak puas hati terus bertanyakan kepada emaknya yang baru pulang dari kerja.

Nora : Mak, ayah tak bagi Nora kahwin dengan Fendi. Ayah cakap Fendi tu anak ayah dengan mak Fendi masa diorang bercinta dulu.
Emak : Tak pe Nora, Nora tetap boleh kahwin dengan Fendi.
Nora : Eh, boleh pulak?
Emak : Yer la, Nora bukan anak ayah pun, tapi ayah Nora orang lain. Hehehe
Nora : ??$#*Hns@@!!

Begitulah kisahnya yang ingin saya kongsikan. Pelik bukan? Manusia zaman sekarang susah nak percaya. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Walau apapun, manusia kini telah lari dari lumrah kehidupan manusia yang sebenar. Mungkin dulu kita terleka dan kita boleh bertaubat dan insaf, tetapi kesannya akan terpalit pada diri sampai bila-bila.

Sekian saja dari saya untuk kali ini. Salam sahabat untuk kalian semua.

Assalamualaikum..


Mohd Nur Syufaat
HM Production
Antropologi dan Soiolologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, April 18, 2011

Balik Kampung [14 April 2011]

Assalamualaikum w.b.t.

Saya telah pulang ke kampung baru-baru ini untuk bercuti beberapa hari pada hari Khamis 14 April 2011. Kampung saya ialah Kampung Parit Haji Ali yang terletak berhampiran dengan Pekan Parit Raja, Batu Pahat. Sebenarnya saya pulang ke kampung adalah disebabkan oleh Sambutan Aniversary Abah & Mak yang ke-28. Memang teruja masa tu. Hehehe. Sempena saya balik ke kampung, ada lah aktiviti yang bagi saya BERFAEDAH yang telah saya jalankan. Hehehe. Aktiviti tersebut tak lain dan tak bukan ialah TANGKAP GAMBAR. Maklumlah, memang hobi saya. Hmm, apepon, meh saya tunjukkan gambar yang telah saya snap di BELAKANG RUMAH saya...Kat kebun jer...












Sekian sajalah untuk kali ini dan saat ini. Semoga gambar yang telah saya kongsikan ini memberi sedikit ILHAM dan IDEA untuk kita sama-sama sebagai manusia berkarya di samping mengingati kebesaran dan keesaan ALLAH S.W.T.


Salam Hormat

Mohd Nur Syufaat
MNSJ Photography
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan

Assalamualaikum...

Harap belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN kepada anda semua mahasiswa yang menuntut di seluruh IPTA mahupun IPTS di seluruh negara. Memang musim exam ketika ini. Harap semua yang berkenaan diberikan KETENANGAN, KELAPANGAN DADA, dan seterusnya memperoleh kejayaan termasuklah saya sekali yang kini sedang exam di UKM. Kepada rakan kongsi atau buah hati saya (Hehehe...) yang sedang exam di UIA dan akan habis tak lama lagi, diucapkan SEMOGA BERJAYA memperoleh keputusan yang cemerlang nanti...Insya-ALLAH...Aminn...



Selamat Maju Jaya semua...(",)


Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
Antropologi dan Sosiologi
HM Production

Saturday, April 2, 2011

Kajian Sungai Gabai Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t. buat teman-teman dan sahabat handai sekalian...

Sudah cukup lama saya tidak meng'update' post-post terbaru untuk tatapan kalian semua. Ya ungkin kesibukan yang menjelma menghalang untuk saya melakukannya. Secara umumnya, blog ini diwujudkan untuk perkongsian gambar untuk anda. Walaupun telah di post di FB, melalui page HM Production saya tetap optimis untuk berkongsi dengan anda semua, foto-foto yang telah saya ambil. Antaranya ialah foto-foto yang telah saya ambil semasa melakukan kerja luar seperti di Kg Orang Asli Sungai Gabai di Hulu Selangor. Antara foto-foto tersebut ialah...



Berbicara dengan Tok Batin

Rumah Tok Batin yang tersergam indah

Persekitaran kampung

Temuramah dengan salah seorang penduduk

Kat sana ada air ke??...kata Lim

Binatang peliharaan

Penjaja dari luar menjaja di kampung tersebut selama 15 minit

Kawasan paya

Empunya MNS Photography

Barisan Penyelidik di perkampungan tersebut

Aktiviti ekonomi yang wajib dilaksanakan (mengumpul hasil hutan)


Begitulah antara gambar yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga ianya dapat memberi sedikit pengetahuan tentang gambaran kehidupan orang asli tidak kira di mana mereka berada. Akhir kata...Selamat Maju Jaya ...(",)

Mohd Nur Syufaat
Antropologi & Sosiologi
HM Production
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklaneka...(",)