I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Maju Jaya Semua!!!



Alhamdulillah...Setelah berhempas-pulas (boleh la..) selama beberapa minggu akhir perkuliahan semester ini (2011/2012) bagi menyiapkan asignment, akhirnya semuanya hampir sampai ke penghujungnya. Insya-ALLAH dalam seminggu lagi selepas study week, peperiksaan akhir untuk semester ini pon tiba...Semoga diri ini diberi kekuatan demi mengharung cabaran yang kian mencabar pada masa kini... Tidak lupa juga, diucapkan SEMGA BERJAYA kepada semua pelajar universiti tidak kira awam mahupun swasta yang akan mengharungi peperiksaan akhir semester...Salam sahabat dari saya...(",)


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan | UKM

KULIT CD ASIGNMENT TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (GGE 2123)

Tuesday, December 20, 2011

SUNGAI BESAR | Mohd Nur Syufaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Macam biasa, perkongsian foto koleksi saya...Foto-foto ini telah diambil di Sungai Besar, Selangor (Lokasi pengambaran Nur Kasih) bersama abang-abang SokroArt.











Video Kumpulan


Video yang memberi sedikit pengajaran berguna untuk kita semua di mana barangan berharga seperti dompet, laptop, telefon bimbit dan sebagainya perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian atas kelalaian kita sendiri.

"PADAN MUKA...KAN DAH KENA CURI...Hehehe..."

PROJEK AKHIR | Model Rumah Idaman

Model Rumah Idaman ini diperbuat daripada beberapa keping kadbord dan juga sekeping kad plastik. Pembinaannya mudah kerana hanya menggunakan kaedah pengukuran yang tepat. Ianya merupakan sebuah model yang boleh digunakan dalam pembelajaran terutama bagi subjek Kemahiran Hidup. Model ini juga boleh digubah menjadi sebuah model yang menarik dengan kekretifan pelajar sama ada dengan penambahan sistem litar elektrik (pencahayaan dalam dan luar model rumah) dan juga sistem alat pengera (bunyi kecemasan).















Disediakan Oleh : 

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
A 128034
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, December 13, 2011

Video Teknologi Dan Inovasi











Biodata Diri







NAMA   :   MOHD NUR SYUFAAT BIN JAMIRAN

NO MATRIK   :   A 128034

PROGRAM   :   IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN
                           KEPUJIAN (ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI)

TAHUN PENGAJIAN   :  TAHUN 3

SEMESTER   :   1 2011/2012

TUTORIAL   :        HARI               :           RABU
                               MASA            :           1000-1200
                               TEMPAT        :           MAKMAL 3

EMEL   :    j_king4at@yahoo.com

FACEBOOK   :   Sio Far Art

ALAMAT KOLEJ   :   8-413, KOLEJ KERIS MAS
                                     UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600, BANGI

ALAMAT RUMAH   :   KAMPUNG PARIT HAJI ALI, 86400 PARIT RAJA
                                      BATU PAHAT, JOHOR




Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
A 128034
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, December 6, 2011

Alat Teknologi Dan Inovasi

Sebuah monorel orang yang bisa dikendalikan kemana sahaja.Pada masa kini hanya di sebuah taman hiburan, monorel pedal ini terdiri dari rel panjang dengan ‘pod’ individu tergantung ke bawah, yang boleh naik sampai 30km/jam.

Dengan kekuatan ditingkatkan dan mesin 'supercharged' dapat membuatkan Subaru ini kemana-mana sahaja, Subaru ImprezaWRX majorly diubah IMS, diciptakan oleh Syarikat Kereta Amerika Ken Block, mudah bergerak melalui pemandangan musim dingin dan mengiring para snowboard untuk lebih ke atas gunung.

Renault mereka Eropa memulai kemahirannya dengan empat jenis kereta berteknologi tinggi berasaskan tenaga elektrik di 2009 Frankfurt Motor Show. Sebuah kereta keluarga SUV dan lima-penumpang “city car”. Semua keempat kereta tersebut akan tersedia untuk dikeluarkan pada tahun 2012.

 Untuk mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja, atau tinggal di kawasan perumahan, kenderaan seperti ini wajar untuk digunakan. Dan para penyelidik pun membuat basikal yang boleh dilipat dan disimpan di dalam almari!!!

Ini adalah kereta yang di design khas untuk melihat pemandangan.dengan kereta ini sudah cukup selesa untuk di gunakan dengan kerusi dan kendaraan akan berjalan sesuai arah tujuan anda, Dengan ruang untuk 7 penumpang, dan dinding tembus yang boleh melihat pemandangan luar. 

 Lovos BMW tetap menonjol dengan ciri utama iaitu memiliki sisik. Skala Solar nama diberi umumnya, yang berfungsi sebagai pencipta tenaga  rem angin-hambatan udara. Dicipta oleh Anne Forschner, lulusan PforzheimUniversity di Jerman, konsep ini mungkin bukan kendaraan elektrik paling hebat yang pernah dicipta, tapi ianya jelas memiliki rekabentuk yang unik.


Ingin berjalan-jalan dengan basikal? Menikmati angin di pagi hari, tetapi anda terlalu malas untuk mengayuh basikal?Inilah jawapannya, iaitu dengan basikal ini anda tidak perlu mengayuh sendiri, kerana basikal ini akan dikayuh oleh bantuan robot. Robot ini diletakkan di bahagian belakang anda, anda hanya perlu naik basikal dan biarkan sirobot melakukan pekerjaannya. Berat basikal dan robot adalah sekitar 200 kg.






Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
A 128034
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday, December 1, 2011

Monyet Tangkapan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda koleksi foto yang ada pada saya.
Foto di bawah ini telah ditangkap oleh adik saya ketika dia
sedang bercuti semester yang lalu.

Sejak dua menjak ini, kecurian kelapa muda di kawasan rumah saya
semakin menjadi-jadi.
Keputusan telah dibuat dan akhirnya, kami memasang 'jerangkap' untuk
menangkap sang pencuri tersebut.
Dan akhirnya...
Inilah hasil tangkapan tersebut...







Setelah 5 jam dikurung, kami akhirnya melepaskannya di kawasan
yang agak berjauhan dari rumah saya.
Sebelum itu, kami sembur dulu bahagian belakangnya,
sebagai penanda sekiranya 'dia' datang sekali lagi.

Jadi itulah kisah foto yang saya kongsikan kali ini.

Sekian, Terima kasih...


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, November 28, 2011

Ekspo Agro Dan Makanan Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai koleksi foto terbaru saya.
Baru-baru ini saya telah berkunjung ke tapak sebuah ekspo Agro dan Makanan bertempat di Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam, Johor.
Foto telah diambil oleh saya sendiri dan juga adik saya.













Sekian, terima kasih...


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat
Antropologi dan  Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday, November 24, 2011

Keselamatan Penggunaan Internet Oleh Pelajar



Perubahan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian masyarakat. Hal ini kerana, teknologi maklumat atau lebih dikenali sebagai internet telah menjadikan hubungan manusia lebih rapat antara satu sama lain terutamanya dari segi perkongsian sebarang bentuk maklumat, sama ada dalam bentuk audio, video mahupun foto. dengan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Frienster dan sebagainya telah menyemarakkan lagi perhubungan tersebut.

Walau bagaimanapun, perhubungan tersebut juga bukan sahaja memberi impak yang positif, malah ianya juga turut memberi kesan negatif kepada masyarakat. Dari segi perhubungan dalam aspek perkongsian maklumat, kesahihan maklumat di internet masih diragui sehinggakan ada sesetengah pengkaji cuba mengelak daripada menggunakan sumber daripada internet. Hal ini banyak berlaku dalam laman sosial blog-blog atau mana-mana platform luahan pendapat seperti forum, sembang maya dan sebagainya. keadaan ini sedikit sebanyak boleh mendatangkan bahaya apabila maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan golongan yang masih bergelar pelajar.




Pelajar sekolah tidak kira di peringkat rendah mahupun menengah merupakan golongan muda yang mempunyai semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat. hal ini kerana dalam tempoh dari awal persekolahan sehingga tamat persekolahan, sifat ingin tahu mereka begitu kuat sehingga mencapai satu tahap yang sukar untuk dibendung. Sebagai contoh, pembuangan bayi dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang semakin tinggi setiap tahun kebelakangan ini. Hal ini dapat dilihat dari segi faktor utama berlakunya pembuangan bayi tersebut iaitu pengaruh rakan sebaya di samping pengaruh yang disebarkan melalui internet termasuklah budaya hedonisme.

Pengaruh hedonisme ini dipercayai hasil daripada perkembangan internat tanpa batasan dan halangan. Ia sememangnya bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum ini. Tidak hairanlah sekiranya kata-kata seperti 'dunia dihujung jari' dan juga 'dunia tanpa sempadan' muncul. Kata-kata tersebut digunakan bagi menerangkan tentang betapa hebatnya impak penggunaan internet dalam hubungan manusia tidak kira berjuta batu jauhnya antara satu sama lain. Walaupun begitu, sebagai pengguna, apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil perhatian oleh bagi memastikan keselamatan penggunaan internet oleh pelajar terjamin?


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
A 128034
Antropologi dan Sosiologi
Univesiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, November 15, 2011

Potret | DIRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu lagi.
Kali ini saya ingin kongsikan lukisan potret yang saya dah siapkan.
Ini cuma latihan.
Memang agak kasar sikit sebab tangan saya agak kasar hehe.








Sekian, terima kasih


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat
Antropolog dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, November 14, 2011

Percubaan Melukis | POTRET

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.
Kali ini saya upload pula foto-foto yang diambil
semasa saya menyiapkan latihan sendiri 
dalam melukis POTRET (wajah manusia)








Sebenarnya, dah lama saya tinggalkan bidang lukisan potret ni.
Kali terakhir saya melukis semasa menuntut di tingkatan 6
di sebuah sekolah menengah dalam 
kawasan pekan Rengit, Johor.

Dari semasa ke semasa, saya akan tingkatkan lagi kemahiran
dalam melukis potret dengan melakukan latihan-latihan sendiri.
Insya-ALLAH...


Disediakan oleh :

Mohd Nur Syufaat
Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklaneka...(",)